KAMPALA: Presiden Uganda, Yoweri Museveni mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan sekali gus membuka jalan untuk melanjutkan pemerintahannya yang kini hampir mencecah 40 tahun. Pemimpin berusia 80 tahun itu membuat pengumuman menyatakan minat untuk menjadi calon presiden bagi parti pemerintah, National Resistance Movement (NRM) pada malam Sabtu. Museveni mula memegang kuasa pada 1986 selepas menamatkan perang saudara selama lima tahun dan sejak itu kekal berkuasa tanpa henti.…