NEW DELHI: Sebuah pesawat dalam perjalanan ke London dengan membawa seramai 242 penumpang termasuk dua juruterbang dan 10 kru terhempas di bandar Ahmedabad, di negeri Gujarat. Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner dengan nombor penerbangan 171 milik Air India itu terhempas atas bangunan menempatkan hostel kolej perubatan sejurus berlepas, dengan jumlah korban lebih 290 orang melibatkan 241 penumpang dan pelajar perubatan. Setakat ini, hanya seorang penumpang dari Britain terselamat dalam nahas tersebut.…











