TAIPEI: Pempengaruh terkenal Taiwan, Guava Shuishui mengetahui amalannya memakan alat solek boleh memberikan kesan bahaya kepada kesihatan sebelum wanita itu meninggal dunia secara tiba-tiba, baru-baru ini. Menerusi satu daripada kapsyen video di Instagramnya, Guava mengakui perbuatannya memakan alat solek sememangnya ‘kontroversi’ menyaksikan dalam video berkenaan, dia menyapu pemerah pipi jenis jeli ke pipinya, sebelum memakannya. Menurut kenyataan dalam akaun rasminya, Guava dikatakan meninggal dunia akibat ‘penyakit’ yang tidak didedahkan pada usia 24 tahun. Guava, yang dikenali dengan gelaran ‘Guava Beauty’, mencetuskan kontroversi kerana gemar merakam video dirinya mencuba produk solekan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya