KANANASKIS: Pemimpin negara-negara G7 mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan sokongan tegas terhadap keselamatan Israel dan menyifatkan Iran sebagai ‘punca utama ketidakstabilan’ di Asia Barat, susulan serangan balas Teheran terhadap wilayah Israel baru-baru ini. Kenyataan itu, yang dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak G7 di Kanada, mengecam tindakan Iran yang didakwa menyokong kumpulan bersenjata seperti Houthi, Hezbollah, dan Hamas, serta pejuang lain yang bersekutu di Iraq. G7 menegaskan tindakan sedemikian menyumbang kepada kitaran keganasan yang memburukkan lagi ketegangan serantau. “Kami mengulangi komitmen kami terhadap keselamatan Israel dan menyeru semua pihak agar bertindak dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya