Pelan Greater Israel Netanyahu punca kekacauan Asia Barat

Pelan Greater Israel Netanyahu punca kekacauan Asia Barat

BENJAMIN Netanyahu bercakap kepada media selepas melawat Institut Sains Weizman yang musnah dibedil tentera Iran di Rehovot, Israel. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Wartawan Yahudi kelahiran Argentina, Martin Gak yang kini menetap di Jerman menyifatkan kekacauan berterusan di Asia Barat berpunca daripada usaha Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk merealisasikan projek ‘Greater Israel’ dan menjadikan Israel kuasa dominan serantau.

Bercakap kepada agensi berita Anadolu, Gak mengkritik tindakan agresif Israel sebagai tidak sah dan sangat mengganggu kestabilan rantau itu.

“Mengenai serangan Israel baru-baru ini, ia tiada kaitan langsung dengan mempertahankan diri. Saya tidak akan panggil ini serangan praemptif, ini adalah pemusnahan dan penghapusan awal.

Apabila anda musnahkan seluruh wilayah, pada asasnya tiada lagi ruang untuk tindak balas atau pertahanan,” katanya.

Gak memberi amaran pendekatan Israel walaupun tidak semestinya anti-Yahudi, sedang menyemai sentimen anti-Israel yang semakin meluas dalam kalangan generasi muda.

“Yang dipersoalkan ialah Netanyahu, gabungannya dan sayap kanan Israel. Golongan kiri secara umumnya menerima sempadan Israel sekarang walaupun termasuk perluasan di Tebing Barat dan Gaza. Namun hakikatnya, ada kepentingan wilayah yang jauh lebih besar. Rancangan ini jauh melangkaui ideologi teologi tentang Greater Israel,” katanya.

Menurut Gak, Israel kini mengamalkan strategi peperangan serupa dengan Russia, merujuk kepada serangan di Gaza dan selatan Lubnan.

“Kalau kita lihat Gaza atau selatan Lubnan, imejnya sangat menyerupai Grozny semasa Perang Chechnya Kedua atau Aleppo selepas pengeboman Russia menyokong rejim Assad. Apa yang kita lihat sekarang ialah skrip peperangan gaya Russia iaitu kemusnahan menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menegur keangkuhan Israel dalam memperagakan kuasa tanpa batas dan kekebalan daripada tindakan antarabangsa.

“Mereka bergerak bebas menunjukkan seolah-olah tiada siapa boleh menyentuh mereka walaupun membunuh ribuan wanita, kanak-kanak, orang tua dan lelaki. Ini semua untuk menunjukkan betapa kuasa mereka tidak terbendung dan tidak terikat oleh sebarang undang-undang,” jelasnya.

Beliau turut menyelar menteri-menteri sayap kanan Israel seperti Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich yang secara terbuka menyokong agenda perluasan wilayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×