BAITULMUQADDIS: Palestin dan kumpulan pejuang Hamas mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dilaksanakan segera di Semenanjung Gaza. Kedua-duanya menuduh Washington menjadi penyumbang utama kepada penderitaan berterusan di wilayah yang dicengkam peperangan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA). Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour, berkata kepada UNSC bahawa draf resolusi itu mempunyai ‘matlamat mudah’ – menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza…










