'Netanyahu sudah terlalu lama tadbir Israel, berundur segera' - Utusan Malaysia

‘Netanyahu sudah terlalu lama tadbir Israel, berundur segera’

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya melepaskan jawatannya memandangkan tempoh pemerintahannya selama dua dekad sebagai terlalu lama dan tidak sihat untuk negara.

“Beliau telah berkuasa selama 20 tahun, itu terlalu lama dan tidak sihat. Beliau bertanggungjawab besar terhadap perpecahan dalam masyarakat Israel,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Channel 12 Israel yang disiarkan pada Sabtu.

Bennett merujuk kepada ketegangan dalaman yang semakin meruncing di bawah pentadbiran Netanyahu termasuk kemarahan rakyat terhadap pengendaliannya dalam perang Gaza sejak serangan Hamas pada Oktober 2023.

“Netanyahu mesti berundur,” tegas Bennett yang pernah mengetuai kerajaan campuran yang menggulingkan Netanyahu pada 2021 selepas 12 tahun berturut-turut memegang jawatan perdana menteri.

Namun, kerajaan rapuh yang diketuainya bersama Ketua Pembangkang terkini, Yair Lapid hanya bertahan selama setahun sebelum tumbang dan Netanyahu kembali berkuasa dengan sokongan parti ultra-Ortodoks dan sayap kanan ekstrem.

Bennett, yang kini berehat daripada politik tidak mengesahkan sama ada beliau akan bertanding semula walaupun tinjauan pendapat menunjukkan beliau mungkin mampu mencabar dan menyingkirkan Netanyahu jika pilihan raya awal diadakan.

Pilihan raya seterusnya dijadualkan berlangsung pada hujung 2026 namun sistem politik Israel sering menyaksikan pembubaran parlimen lebih awal.

Dalam temu bual itu juga Bennett mendakwa bahawa kerajaannya sebelum ini telah meletakkan asas bagi kempen pengeboman Israel terhadap sasaran nuklear dan ketenteraan Iran yang dilancarkan awal bulan ini.

Beliau menyifatkan serangan tersebut sebagai satu tindakan yang baik dan perlu selain mendakwa ia tidak mungkin berjaya tanpa persediaan yang dibuat ketika beliau memimpin.

Mengenai perang di Gaza, Bennett memuji prestasi tentera Israel sebagai luar biasa namun mengkritik keras cara kerajaan Netanyahu menguruskan krisis politik dan strategi peperangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×