ZURICH: Syarikat barang kemas mewah terkenal, Cartier yang dimiliki oleh Richemont mengesahkan laman sesawangnya digodam sehingga menyebabkan sebahagian data pelanggan dicuri, menurut satu emel yang dilihat oleh Reuters semalam. Dalam kejadian terbaharu membabitkan jenayah siber ke atas syarikat-syarikat besar, Cartier menyatakan pihak asing berjaya mendapat akses sementara ke dalam sistem mereka. Maklumat pelanggan yang terhad seperti nama, alamat emel dan negara asal diperoleh penggodam, namun syarikat tersebut menegaskan tiada kata laluan, maklumat kad kredit atau data perbankan yang terjejas. Cartier turut memaklumkan isu itu kini berjaya dikawal dan langkah keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya