PYONGYANG: Korea Utara mendakwa berjaya melancarkan semula kapal pemusnah tentera laut seberat 5,000 tan yang baru dibina, kurang sebulan selepas ia terbalik dalam cubaan pelancaran pertama, lapor media rasmi negara itu. Pemimpin negara itu, Kim Jong Un yang berang dengan kegagalan pelancaran pada bulan Mei bertindak mengarahkan kapal tersebut dibaiki segera dan menahan sekurang-kurangnya empat pegawai yang terlibat dalam misi tersebut. Menurut media rasmi, kapal tersebut kini sudah dibaik pulih…










