LAGOS: Seramai 15 warga asing dari benua Asia dipenjara mahkamah di Nigeria bagi kesalahan keganasan siber dan penipuan internet, semalam. Menurut agensi antirasuah Nigeria, kes itu adalah yang terbesar di negara itu dan disahkan jurucakap Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC), Dele Oyewale. Suspek termasuk 11 warga Filipina, dua warga China, seorang warga Malaysia dan seorang warga Indonesia dipenjara selama setahun dan denda satu juta Naira (RM2,682) selepas mengaku bersalah.…










