Israel tidak mampu musnahkan loji nuklear Iran tanpa AS

Israel tidak mampu musnahkan loji nuklear Iran tanpa AS

KEADAAN lebuh raya sesak ketika depoh minyak Shahran terbakar akibat dibedil tentera Israel, di barat laut Teheran, pada 15 Jun lepas. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Serangan udara Israel terhadap kemudahan nuklear Iran setakat ini belum berjaya memusnahkan loji utama di Fordow yang terletak jauh di bawah tanah sehingga tidak dapat ditembusi senjata paling berkuasa Zionis.

Walaupun operasi awal melumpuhkan beberapa kemudahan dan membunuh saintis terkemuka serta pegawai kanan tentera Iran, pemerhati antarabangsa berpendapat usaha itu belum mencapai matlamat jangka panjang untuk menamatkan program nuklear Iran.

Kemudahan di Fordow menempatkan sebahagian besar uranium negara itu, dan satu-satunya bom yang mungkin dapat memusnahkannya adalah senjata pemusnah bunker paling berkuasa milik Amerika Syarikat (AS).

Di sebalik kegembiraan Israel terhadap serangan pertama, penasihat keselamatan negara haram itu, Tzachi Hanegbi memberi amaran Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak mampu memusnahkan program nuklear Iran secara bersendirian.

“Ia tidak boleh dilakukan melalui kaedah kinetik.

“Sebaliknya, tentera boleh mewujudkan keadaan sesuai untuk satu perjanjian jangka panjang yang diusahakan oleh AS bagi menyekat sepenuhnya program nuklear Iran,” katanya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara terbuka memilih pendekatan ketenteraan bersama AS berbanding penyelesaian diplomatik.

Sekiranya Trump memutuskan untuk tidak campur tangan dalam perang tersebut dan Iran melengahkan perjanjian yang dapat menyekat programnya, Israel masih mempunyai pilihan ketenteraan untuk melumpuhkan kemudahan nuklear di Fordow.

Menurut penganalisis keselamatan, sekiranya Iran terus bertegas dan enggan menerima perjanjian yang menyekat program nuklearnya, Israel dijangka mempertimbangkan tindakan lebih agresif terhadap negara itu.

“Walaupun mustahil musnahkan Fordow dari udara, masih ada kaedah lain,” kata penganalisis, Alex Grinberg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN