TEHERAN: Serangan Israel pada awal pagi ini menyebabkan Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami terbunuh.
Media tempatan melaporkan, Hossein terkorban ketika Israel melancarkan serangan di ibu pejabat IRGC.
Serangan itu menyaksikan beberapa loji tenaga nuklear menjadi sasaran dengan keadaan semasa masih belum diketahui.