TEHERAN: Sekurang-kurangnya 639 orang terbunuh dan 1,329 lagi cedera dalam siri serangan udara Israel terhadap Iran sejak minggu lalu, menurut laporan kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Washington, Human Rights Activists. Kumpulan itu menyatakan angka korban termasuk 263 orang awam dan 154 anggota pasukan keselamatan Iran. Data ini diperoleh melalui semakan silang laporan tempatan dengan rangkaian sumber dalaman mereka di seluruh negara. Iran sendiri belum mengeluarkan angka rasmi terkini, dan…










