TEHERAN: Iran menyifatkan Tindakan Israel melancarkan serangan terhadap bangunan penyiaran negara ini sebagai jenayah perang dan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil Tindakan segera. Serangan itu dilancarkan terhadap bangunan IRIB ketika siaran langsung dilakukan. “PBB perlu bertindak sekarang bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Iran,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran. Serangan itu menyebabkan bangunan tersebut mengalami kerosakan dengan serpihan bertaburan atas jalanan. Laungan ‘Allahuakbar’ juga…