‘Henti kaut keuntungan daripada peperangan’

‘Henti kaut keuntungan daripada peperangan’

PENUNJUK perasaan memegang kain rentang membantah penindasan penduduk Palestin di Gaza semasa demonstrasi di Bobigny, Perancis. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar tapak Pameran Udara Paris pada Sabtu bagi membantah keuntungan daripada perang serta mengecam tindakan ketenteraan Israel di Gaza dalam de­monstrasi terbaharu yang menyasarkan acara berprestij itu.

Protes yang dirancang sejak awal itu berlangsung ketika konflik bersenjata antara Israel dan Iran kini memasuki hari kesembilan.

Kehadiran syarikat pertahanan Israel dalam pameran tersebut turut mencetuskan kontroversi sehingga mendorong kerajaan Perancis menutup reruai lima syarikat Israel pada Isnin lalu dengan alasan mereka mempamerkan senjata yang berpotensi digunakan dalam serangan terhadap Gaza.

“Ketika kita bercakap sekarang ini, rakyat Palestin terus terbunuh dan kerajaan kita tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata Nora, 29, dalam protes yang dianggarkan disertai lebih 4,000 orang.

Nora, yang bekerja dalam industri farmaseutikal dan memakai bendera Palestin meluahkan rasa marah selepas melihat rakaman dari Gaza termasuk ibu-ibu mencium jenazah anak-anak mereka yang terbunuh.

Pejabat pendakwa awam Paris memaklumkan tujuh orang ditahan kerana cuba mengganggu pameran perdagangan tersebut. Dalam serbuan yang dijalankan, pihak berkuasa menemui sebuah tong helium dan hampir 200 belon.

Enam daripada tangkapan dibuat pada Jumaat, manakala seorang lagi ditahan pada Sabtu.

Pameran Udara Paris yang berlangsung di Lapangan Terbang Le Bourget kira-kira sembilan kilometer di utara Paris menarik kehadiran sekitar 100,000 pelawat setiap hari dan lazimnya menjadi medan pameran pesawat-pesawat canggih industri aeroangkasa.

Namun, tindakan menutup reruai lima syarikat Israel iaitu Israel Aerospace Industries (IAI), Rafael, UVision, Elbit dan Aeronautics yang terkenal dengan pengeluaran dron, bom berpandu dan peluru berpandu mencetuskan pertikaian diplomatik dengan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×