ARAFAH: Gunung Arafah mula dibanjiri jemaah yang menjalani kemuncak ibadah haji atau masyair dalam keadaan cuaca panas terik dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius. Ribuan jemaah haji sudah mula berkumpul di sekitar kawasan gunung itu sebelum Subuh lagi, dan kebanyakan jemaah akan menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukan ibadah, termasuk membaca al-Quran, berzikir serta berdoa hingga lewat petang sepanjang berwukuf hari ini sebelum bergerak ke Muzdalifah. “Sebelum ini, saya sering…










