TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, susulan tindakan menyerang tapak-tapak nuklear Iran, menyifatkannya sebagai “keputusan berani”. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah penting dalam memastikan “keamanan melalui kekuatan” dan menafikan potensi senjata berbahaya dimiliki Iran. Dalam satu kenyataan video yang disiarkan pada Ahad, Netanyahu berkata: “Tahniah, Presiden Trump. Keputusan berani anda untuk menyasarkan kemudahan nuklear Iran dengan kekuatan luar biasa…










