Dua anggota bomba maut ditembak ketika memadam kebakaran

Dua anggota bomba maut ditembak ketika memadam kebakaran

bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO:  Sekurang-kurangnya dua anggota bomba maut ditembak pada Ahad oleh suspek yang tidak dikenali ketika mahu memadam kebakaran hutan berhampiran Coeur d’Alene, Idaho Amerika Syarikat, kata pegawai tempatan.

Syerif Daerah Kootenai Robert Norris memberitahu dalam taklimat akhbar bahawa kedua-dua mangsa adalah anggota bomba, dan menambah bilangan mangsa yang cedera masih tidak diketahui, dan operasi memadam kebakaran sedang dijalankan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari. waktu tempatan (2030 GMT) pada hari Ahad selepas kebakaran berlaku di Gunung Canfield.

Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian, mereka diserang dengan tembakan daripada individu tidak dikenali yang bersembunyi di dalam hutan, demikian menurut sumber penguatkuasaan undang-undang.

Penembak menggunakan “senapang sukan moden,” kata Norris.

Usaha mencari suspek masih diteruskan. Menurut Norris, kebakaran masih aktif dan pihak berkuasa sedang memadamkan api dari pelbagai arah di gunung itu.

Pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah penembak. Norris menyatakan bahawa jika mereka tidak dihentikan tidak lama lagi, “ini mungkin operasi berbilang hari.” – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN