Bom pemusnah AS mungkin jadi senjata pilihan Trump serang Iran

Bom pemusnah AS mungkin jadi senjata pilihan Trump serang Iran

ANGGOTA tentera udara mengangkut bom GBU-57 di Pangkalan Udara Whiteman, Missouri.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah bom pemusnah kubu milik Amerika Syarikat (AS) dilihat sebagai satu-satunya senjata konvensional yang bakal menjadi pilihan utama Presiden, Donald Trump jika beliau memutuskan untuk menyokong Israel secara ketenteraan dalam konflik dengan Iran.

Bom itu dilaporkan mampu memusnahkan fasiliti nuklear Iran yang tertanam jauh di bawah tanah. 

Bom GBU-57 seberat 13,607 kilogram (kg) itu mampu menembusi sehingga 61 meter ke dalam tanah sebelum meletup. 

Menurut Pakar Program Iran Yayasan FDD yang berpangkalan di Washington, Behnam Ben Taleblu, stok peluru berpandu, pelancar, pangkalan tentera dan kemudahan pengeluaran Iran rosak teruk.

Namun katanya, masih menjadi persoalan besar sejauh mana kejayaan sebenar serangan tersebut ke atas program nuklear Iran.

“Semua tumpuan kini mengarah kepada Fordo, yang tertanam kira-kira 91.4 meter di bawah batu di tengah Iran,” katanya.

Menurut laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), tiada kerosakan berlaku di loji Fordo, sebuah pusat pengayaan uranium yang terletak di selatan Teheran.

Berbeza dengan fasiliti nuklear lain seperti Natanz dan Isfahan, Fordo dibina jauh di dalam gunung, di luar jangkauan bom biasa Israel.

Menurut bekas Leftenan Jeneral Tentera Darat AS, Mark Schwartz yang kini bersama Rand Corporation, hanya AS mempunyai keupayaan senjata konvensional bukan nuklear untuk memusnahkan tapak sedalam itu dan satu-satunya senjata yang sesuai adalah bom GBU-57.

Bom sepanjang 6.6 meter itu juga dilengkapi fius khas supaya ia tidak meletup terlalu awal walaupun menghadapi tekanan kuat selepas hentakan.

Bom ini direka pada awal tahun 2000-an dan satu-satunya pesawat yang mampu membawa GBU-57 ialah B-2 Bomber, pesawat pengebom halimunan milik AS.

Setiap B-2 Bomber boleh membawa dua bom GBU-57 dan lebih daripada satu bom mungkin diperlukan untuk memusnahkan sasaran seperti Fordo.

Namun, pakar memberi amaran penggunaan bom ini  boleh membawa kesan politik yang buruk dan menjejaskan keamanan di seluruh rantau Asia Barat.-AFP

 

CAPTION

 

ANGGOTA tentera udara mengangkut bom GBU-57 di Pangkalan Udara Whiteman, Missouri.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×