DHAKA: Sebuah mahkamah di Bangladesh pada Isnin memerintahkan tahanan reman terhadap bekas Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, KM Nurul Huda, 77, selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menipu dalam pilihan raya yang membawa kemenangan bekas pemimpin autokrat, Sheikh Hasina. Penahanan itu dilakukan sehari selepas sekumpulan orang awam memecah masuk ke rumah Huda dan menyerangnya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis. Ketika dibawa ke mahkamah, polis meletakkan topi keledar di kepala Huda sebagai langkah keselamatan. Pada Ahad, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) telah memfailkan kes terhadap Huda dan beberapa bekas pesuruhjaya pilihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya