SÃO LUÍS: Seorang banduan di Brazil menerima padah apabila cubaan melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai wanita gagal selepas dikesan petugas penjara. Dalam kejadian yang berlaku di Kompleks Penjara São Luís itu, lelaki berkenaan didapati memakai gaun dan rambut palsu dalam usaha menyamar sebagai pelawat, dipercayai dengan bantuan individu luar yang dipercayai orang terdekatnya semasa lawatan penjara. Menurut kenyataan oleh Sekretariat Pentadbiran Penjara Negeri, kedua-dua individu, banduan terbabit dan…