NEW DELHI: Selepas enam tahun tertangguh, kerajaan India akhirnya mengumumkan banci penduduk negara itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai pada tahun 2027. Banci setiap sepuluh tahun sekali itu merupakan antara operasi pentadbiran terbesar di dunia dan menjadi sumber data penting dalam perancangan pelbagai skim kebajikan, pengagihan dana kerajaan persekutuan, persempadanan kawasan pilihan raya serta pelaksanaan dasar utama negara. Banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, manakala banci baharu sepatutnya diadakan pada tahun 2021 namun, ia tertangguh beberapa kali dengan alasan awal disebabkan pandemik Covid-19. Bagaimanapun, penangguhan berterusan tanpa penjelasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya