AS sambung semula proses visa pelajar Universiti Harvard

AS sambung semula proses visa pelajar Universiti Harvard

GRADUAN berkumpul semasa menghadiri majlis graduasi di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, 29 Mei lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua misi AS di luar negara dan bahagian konsular untuk menyambung semula pemprosesan visa pelajar dan pertukaran pelawat Universiti Harvard.

Langkah tersebut susulan keputusan hakim persekutuan di Boston minggu lalu, yang menghalang sementara larangan Presiden Donald Trump terhadap pelajar antarabangsa di insitusi Ivy-League itu.

Dalam notis diplomatik bertarikh 6 Jun yang ditandatangani oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, Jabatan Negara memetik sebahagian daripada keputusan hakim tersebut, menyatakan arahan baharu itu selaras dengan perintah larangan sementara berkenaan.

Di bawah perintah yang diberikan kepada Harvard pada 5 Jun, Hakim Daerah AS, Allison Burroughs menyekat pengisytiharan Trump daripada berkuat kuasa, sementara menunggu proses perundangan lanjut dijalankan.

Menerusi notis itu, Jabatan Negara turut menegaskan semua garis panduan lain berkaitan visa pelajar kekal berkuat kuasa, termasuk penapisan media sosial yang diperketatkan serta keperluan untuk menyemak kehadiran dalam talian pemohon.

Trump sebelum ini menggunakan alasan kebimbangan keselamatan negara sebagai justifikasi untuk menghalang kemasukan pelajar antarabangsa ke AS bagi menyambung pengajian di Universiti Harvard.

Pentadbiran Trump melancarkan serangan pelbagai arah terhada universiti tertua dan terkaya di negara itu, termasuk pembekuan berbilion dolar dalam bentuk geran serta pembiayaan lain, selain mencadangkan penamatan status pengecualian cukai.

Pihak Harvard berhujah, pentadbiran itu bertindak balas terhadap keengganan universiti untuk memenuhi tuntutan campur tangan dalam tadbir urus institusi, kurikulum serta ideologi pensyarah dan pelajarnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN