MINA: Majlis Perbandaran Mekah menyiapkan rangkaian pencahayaan yang meluas dan termaju di Arafah, termasuk lengkap dengan reka bentuk seni bina yang unik serta teknik pemasangan moden, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). Pada malam Tarwiyah iaitu sehari sebelum Hari Arafah yang menandakan permulaan rasmi ibadah haji, kawasan itu disinari pancaran cahaya yang menakjubkan. Susun atur pencahayaan yang diselaraskan pihak majlis perbandaran menjadikan kawasan Arafah bersinar bagaikan suar, menambahkan suasana rohani dan memberi ketenangan kepada jemaah. Menurut Majlis Perbandaran Mekah, rangkaian baharu itu merangkumi sekitar 20,000 unit lampu pelbagai kapasiti yang dipasang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya