TEHERAN: Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerang kemudahan nuklear Iran meletakkan Asia Barat dalam situasi tidak menentu, dengan tumpuan dunia kini terarah kepada tindak balas Teheran. Ketika dunia menantikan tindak balas Iran, pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan kempen pengeboman Israel pada 13 Jun sebagai ‘satu kesilapan besar’. “Musuh Zionis sedang dihukum ketika ini,” tulis Khamenei di media sosial. Bercakap di Istanbul kelmarin, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi…











