Wanita Britain kini dinobat sebagai manusia tertua di dunia - Utusan Malaysia

Wanita Britain kini dinobat sebagai manusia tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita warga Britain, Ethel Caterham, kini rasmi menjadi manusia tertua di dunia selepas pemegang rekod sebelumnya, seorang biarawati dari Brazil, Sister Inah Canabarro Lucas, meninggal dunia pada usia 116 tahun.

Biarawati itu menghembuskan nafas terakhir pada 30 April lalu, sekali gus menjadikan Ethel Caterham, 115, dari Surrey, Britain, sebagai manusia tertua yang masih hidup di muka bumi ini.

Ethel dilahirkan pada 21 Ogos 1909, hanya lapan tahun selepas kemangkatan Ratu Victoria.

Wanita luar biasa itu pernah bekerja di pelbagai lokasi di seluruh dunia, termasuk menjadi pengasuh di India semasa zaman penjajahan pada tahun 1931 di mana beliau bertemu jodoh dengan suaminya.

Pasangan itu kemudiannya menetap di beberapa lokasi seperti Gibraltar dan Hong Kong, sebelum pulang menetap di Britain dan kini, Ethel merupakan satu-satunya individu yang masih hidup dan dilahirkan pada tahun 1909.

Ahli keluarganya menyifatkan usia panjang Ethel sebagai hasil daripada kehidupan yang penuh ketabahan dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

“Saya lalui semuanya dengan tenang suka dan duka,” kata Ethel dalam temu bual bersama BBC, selepas beliau terselamat daripada jangkitan COVID-19 pada tahun 2020.

“Sepanjang hidup, saya sudah mengembara ke serata dunia dan kini saya berada di rumah yang indah ini, di mana semua orang begitu mengambil berat dan memberikan apa sahaja yang saya inginkan,” ujarnya lagi.

Sister Inah mengambil alih gelaran sebagai wanita tertua di dunia pada 29 Disember 2024, selepas kematian Tomiko Itooka, seorang warga Jepun yang turut meninggal dunia pada usia 116 tahun pada tarikh sama. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya