DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) merekodkan suhu panas mencecah 50.4 darjah Celsius pada Jumaat yang juga suhu tertinggi pernah dicatatkan dalam bulan Mei. Sejak beberapa minggu negara padang pasir itu dilanda cuaca terik yang terdedah secara serius kepada perubahan iklim. Beberapa jemaah solat Jumaat mengakui berasa pening, manakala ada penduduk yang kelihatan sukar dapat berdiri dengan baik walaupun UAE sememangnya biasa dengan suhu ekstrem. Suhu tertinggi itu dicatatkan di sebuah…









