NAJAF: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dibaham singa peliharaannya di halaman rumahnya hanya beberapa hari selepas membeli haiwan buas itu. Mangsa, Aqil Fakhr al-Din, 50, diserang singa berkenaan pada Khamis lalu di kawasan perumahannya di Kufa, selatan Najaf, Iraq dengan sebahagian besar tubuhnya dimakan haiwan pemangsa itu sebelum ditemukan pihak berkuasa. Jurucakap Polis Najaf, Mufid Tahir memaklumkan, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh singa tersebut selepas haiwan…









