WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghidupkan kembali perang perdagangan selepas mengancam mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap Kesatuan Eropah (EU). Trump turut mengancam semua pengeluar telefon pintar, termasuk Apple dengan tarif baharu sebanyak 25 peratus sekiranya mereka gagal memindahkan pengeluaran ke AS yang dijangka berkuat kuasa penghujung Jun ini. Pasaran saham global merosot susulan kenyataan tersebut ekoran kebimbangan terhadap gangguan ekonomi global, meskipun ketegangan perdagangan sebelum ini reda…











