WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan rundingan nuclear AS dengan Iran. Trump berkata, tiada tindakan yang boleh merosakkan perjalanan rundingan tersebut yang disifatkan semakin ‘hampir kepada penyelesaian’. “Saya beritahu beliau (Netanyahu) supaya jangan lakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan rundingan nuklear itu. “Sebarang tindakan yang tidak wajar akan merosakkan semuanya,” katanya kepada media di Pejabat Oval di Rumah Putih. Israel sebelum ini menafikan laporan New York Times mengenai ancaman Netanyahu untuk ‘menjejaskan’ rundingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya