BEIJING: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 70 cedera selepas dua bot pelancong terbalik di Sungai Liuchong, wilayah Guizhou di barat daya China pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 77 orang yang berada di atas bot ketika insiden itu berlaku.
Dalam pada itu, seramai 60 mangsa diselamatkan dan mereka dihantar ke hospital untuk rawatan.
Presiden China, Xi Jinping menggesa agar operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara menyeluruh serta mengarahkan supaya rawatan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang cedera.
Kejadian berlaku semasa cuti Hari Pekerja yang menyaksikan lonjakan ketara dalam jumlah pelancong domestik serta kesesakan di destinasi pelancongan di seluruh negara, menurut data kerajaan yang dipetik Global Times.