RAMALLAH: Tentera Israel melepaskan tembakan amaran ketika lawatan sekumpulan diplomat asing ke wilayah Tebing Barat kelmarin mencetuskan kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa. Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Kaja Kallas menggesa Israel mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tembakan berhampiran bandar Jenin itu. Kementerian Luar Palestin menyelar tindakan Israel yang didakwa dengan sengaja melepaskan tembakan secara langsung ke arah delegasi diplomatik yang diiktiraf. Seorang diplomat Eropah memberitahu kumpulan tersebut berada di kawasan itu untuk meninjau kemusnahan akibat operasi ketenteraan Israel selama berbulan-bulan. Tentera Israel berkata, delegasi itu menyimpang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya