ISTANBUL: Bekas Perdana Menteri Tunisia merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Ennahda, Ali Laarayedh dihukum penjara 34 tahun bagi pertuduhan berkaitan keganasan, lapor Agensi Anadolu (AA) hari ini.
Agensi berita rasmi Tunisia, TAP, yang memetik sumber kehakiman melaporkan, Ali bersama lapan tertuduh lain didakwa bagi kesalahan membantu penubuhan kumpulan pengganas, menyertai kumpulan berkenaan dalam negara serta memudahkan perjalanan belia Tunisia ke luar negara untuk menyertai kumpulan pengganas.
Kes berkenaan dikenali sebagai ‘perbicaraan pemerdagangan manusia’.
Kesemua tertuduh juga dihukum penjara antara 18 hingga 36 tahun kerana didakwa memperdagangkan individu ke wilayah yang dikuasai kumpulan pengganas Daesh.