Sheinbaum saman Google tukar nama Teluk Mexico

Sheinbaum saman Google tukar nama Teluk Mexico

CLAUDIA SHEINBAUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mengumumkan kerajaan beliau memfailkan saman terhadap Google kerana menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada peta di platform syarikat itu.

Sheinbaum dalam sidang media di Istana Negara Mexico City berkata, kerajaannya sudah memberi amaran kepada Google mengenai isu tersebut, namun tidak menerima sebarang tindakan balas yang memuaskan.

“Google telah pun disaman. Keputusan awal sudah dikeluarkan, dan kami kini menunggu hasil sepenuhnya,” katanya.

Beliau menjelaskan, Mexico tidak membantah penggunaan nama Teluk Amerika untuk kawasan Teluk yang bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS).

“Google tidak boleh menamakan keseluruhan teluk dengan nama itu. Ini adalah isu antarabangsa. 

“Permintaan kami ialah agar Google hanya menggunakan nama Teluk Amerika bagi kawasan di perairan AS, dan mengekalkan nama Teluk Mexico untuk kawasan yang bersempadan dengan Mexico dan Cuba,” tegas Sheinbaum.

Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif pada 20 Januari lalu yang mengarahkan penamaan semula  tersebut.

Susulan itu, Google pada 11 Februari mengumumkan melaksanakan perubahan nama tersebut di platform peta mereka.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN