Selesema burung: China, EU henti import ayam dari Brazil

Selesema burung: China, EU henti import ayam dari Brazil

PRODUK ayam beku diletakkan di dalam peti sejuk beku di pasar raya di Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: China dan Kesatuan Eropah (EU) menghentikan buat sementara waktu mengimport daging ayam dari Brazil susulan penularan wabak selesema burung di sebuah ladang ternakan di negara ini.

China merupakan pengimport utama ayam dari Brazil dengan 562,000 tan pada tahun lalu, iaitu lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan.

EU pula mengimport lebih 231,000 tan daging ayam dari negara ini pada tahun lalu merangkumi 4.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Kementerian Agrikultur Brazil menerusi kenyataan memaklumkan, eksport daging ayam ke China akan dihentikan selama 60 hari.

Penularan wabak baharu ‘selesema burung patogenik’ (HPAI) disahkan berlaku di sebuah ladang Montenegro di selatan Rio Grande do Sul.

Namun, kementerian itu memaklumkan, virus tersebut tidak boleh dipindahkan ke manusia menerusi pemakanan daging atau telur.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan pada manusia boleh menyebabkan gejala teruk dan kadar kematian yang tinggi.

Kebanyakan kes jangkitan pada manusia dikesan daripada mereka yang mempunyai kontak langsung dengan haiwan yang dijangkiti atau persekitaran yang tercemar.

WHO turut menyatakan virus itu tidak boleh merebak daripada manusia ke manusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN