Russia mahu redakan ketegangan India, Pakistan

Russia mahu redakan ketegangan India, Pakistan

INDIA menghentikan aliran air dari Empangan Balighar ke Pakistan susulan ketegangan yang berlaku. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Luar Russia menawarkan bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara India dan Pakistan berhubung tragedi di Kashmir baru-baru ini.

Menterinya, Sergei Lavrov berkata, Russia menyedari ketegangan yang tercetus di antara kedua-dua negara tersebut.

“Russia bersedia untuk menawarkan bantuan secara politik kepada India dan Pakistan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Konflik itu boleh diselesaikan menerusi persefahaman bersama kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Telegram.

Terdahulu, Lavrov mengadakan perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri Pakistan, Ishaq Dar.

Perbualan itu diadakan dua hari selepas Lavrov meng­hubungi Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar bagi tujuan yang sama.

Insiden yang berlaku di Pahalgam menyaksikan kumpulan bersenjata menembak mati 26 pelancong.

Dalam pada itu, India menghentikan aliran air dari Empangan Baglihar di Sungai Chenab ke Pakistan dan kini bersiap untuk mengurangkan aliran dari projek Kishanganga di Sungai Jhelum.

Tindakan itu selari keputusan tegasnya untuk tidak membenarkan walau setitis air dari sistem sungai Indus mengalir ke negara jirannya itu.

Selepas seminggu perbincangan dan ujian hidrologi, India memulakan kerja-kerja penyah­kelodan enapan di Empangan Baglihar dan menurunkan pintu air, yang mengurangkan aliran air ke hilir ke Pakistan sehingga 90 peratus, menurut seorang pegawai daripada Perbadanan Kuasa Hidroelektrik Nasional, semalam.

Memetik laporan Hindustan Times, operasi sama turut dirancang untuk dilaksanakan di Empangan Kishanganga.

Tindakan India ini berlaku hanya beberapa jam selepas Pakistan menguji peluru berpandu balistik permukaan-ke-permukaan kelmarin, selain turut mengharamkan kapal yang membawa bendera Pakistan daripada berlabuh di semua pelabuhan negaranya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya