KYIV: Russia melancarkan serangan dron terbesar terhadap Ukraine sejak permulaan perang, sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijadualkan berbincang mengenai cadangan gencatan senjata dengan Presiden Vladimir Putin. Serangan pada Ahad memusnahkan rumah dan mengorbankan sekurang-kurangnya seorang wanita. Tentera Ukraine mendakwa, setakat pagi kelmarin, Russia melancarkan 273 dron ke bandar-bandar negara itu, melebihi rekod sebelumnya yang dicatat oleh Moscow pada Februari sempena ulang tahun ketiga perang tersebut. Perkhidmatan perisikan Ukraine percaya Moscow bercadang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua kelmarin, sebagai cubaan menakut-nakutkan Barat. Tiada maklum balas daripada Moscow…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya