Pakistan dakwa India mahu lancar serangan dalam tempoh 36 jam - Utusan Malaysia

Pakistan dakwa India mahu lancar serangan dalam tempoh 36 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan mengulangi amaran pasukan risikannya yang mendakwa India merancang melancarkan serangan tentera terhadap negara itu dalam tempoh 36 jam.

Amaran itu dikeluarkan berikutan ketegangan antara kedua-dua negara bersenjata nuklear itu semakin memuncak susulan serangan berdarah mengorbankan 26 pelancong di Kashmir yang ditadbir India.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya memberi tekanan kepada India untuk meredakan retorik dan bertindak secara bertanggungjawab.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, meminta kedua-dua negara supaya meredakan ketegangan, menurut jurucakap Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan semalam.

Dalam satu panggilan telefon berasingan semalam, Rubio menghubungi Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, bagi menegaskan komitmen AS untuk bekerjasama dengan India dalam memerangi keganasan.

India mengenal pasti tiga penyerang, termasuk dua warganegara Pakistan, sebagai pengganas yang menjalankan pemberontakan bersenjata di wilayah majoriti Islam itu.

Islamabad menafikan sebarang pembabitan dan menggesa siasatan bebas dijalankan.

India yang majoriti penduduknya beragama Hindu menuduh Pakistan, sebuah negara Islam, membiayai dan menyokong kegiatan militan di Kashmir – wilayah di Himalaya yang dituntut kedua-dua negara tetapi ditadbir secara berasingan.

Islamabad pula menyatakan sokongan moral dan diplomatik terhadap perjuangan rakyat Kashmir untuk menentukan nasib sendiri.

Kerajaan Pakistan, dalam kenyataan terbaharu, menegaskan ia mempunyai ‘maklumat risikan sahih’ mengatakan India akan lancarkan serangan tentera dalam tempoh 24 hingga 36 jam.

Dalam satu kenyataan awal pagi semalam, Islamabad menegaskan bahawa pihaknya mengecam keganasan dalam semua bentuk dan akan bertindak balas ‘dengan tegas dan menyeluruh’ terhadap sebarang tindakan ketenteraan oleh India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, pula berikrar akan memburu dan menghukum pihak yang bertanggungjawab dalam serangan Pahalgam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya