Obses dengan bomba, lelaki bakar rumah sendiri dua kali

Obses dengan bomba, lelaki bakar rumah sendiri dua kali

JAMES BROWN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) dipenjara selepas mengaku membakar rumahnya sendiri sebanyak dua kali dalam satu malam kerana terlalu taksub untuk melihat anggota bomba beraksi.

James Brown, 26, dari Northumberland, bukan seperti kebanyakan pelaku jenayah khianat yang lazimnya mempunyai kecenderungan terhadap api, sebaliknya dia mempunyai minat luar biasa terhadap pasukan bomba sehingga sanggup mencetuskan kebakaran hanya untuk memanggil pasukan penyelamat itu ke kediamannya.

Dalam kejadian pada ma­lam 9 September 2023, bomba dikejarkan ke sebuah rumah di Eleventh Avenue, Ashington, selepas menerima panggilan kecemasan daripada Brown yang mendakwa meter elektrik di rumahnya mengeluarkan percikan api dan menyebabkan cadar katil dalam almari terbakar.

Api dipadamkan dan bekalan elektrik diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga ba­gaimanapun, hanya 90 minit kemudian, Brown sekali lagi menghubungi bomba dan mendakwa kebakaran kedua berlaku.

Sekali lagi, bahan yang terbakar adalah cadar katil namun, anggota bomba mula mengesyaki sesuatu apabila Brown masih menyalahkan meter elektrik sedangkan be­kalan sudah diputuskan sebelum itu.

Brown bukan sahaja memanggil pasukan bomba, malah bertindak merakam detik-detik mereka memadamkan kebakaran dan menunjukkan keterujaan luar biasa terhadap kehadiran mereka.

Brown dipenjara lapan bulan yang ditangguhkan selama dua tahun serta diperintahkan melakukan 150 jam kerja amal tanpa bayaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya