BRISBANE: Malaysia tersenarai pada kedudukan keenam di dunia sebagai negara paling banyak menggunakan kata-kata kesat menerusi komen dalam talian iaitu dengan kadar 0.019 peratus. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Queensland di Brisbane, Australia melibatkan 20 negara yang menggunakan bahasa Inggeris itu mendapati, rakyat Amerika Syarikat (AS) paling banyak menggunakan bahasa kasar secara dalam talian. Hasil kajian mendapati 0.036 peratus daripada jumlah perkataan yang ditulis oleh rakyat AS mengandungi unsur lucah atau kasar, diikuti Britain (0.025 peratus), Australia (0.022 peratus), Singapura (0.021 peratus) dan New Zealand (0.02 peratus). Kajian yang diterbitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya