PHNOM PENH: Sebuah helikopter berjaya membantu memindahkan 16 ekor banteng yang sangat terancam ke atas sebuah lori di Kemboja buat kali pertama dalam satu operasi konservasi unik dan bersejarah, menurut kumpulan pemuliharaan tempatan. Banteng merupakan sejenis lembu liar asli Asia Tenggara yang kini dikategorikan sebagai spesies sangat terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). Haiwan ini secara semula jadi mendiami kawasan hutan dan padang rumput namun…










