SISAKET: Seorang lelaki di Thailand mencuri perhatian dunia selepas aksinya menunggang motosikal sambil baring di atas tilam menjadi tular dalam media sosial. Dalam video yang kini mencecah lebih 11 juta tontonan, lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan meniarap di atas sebuah tilam sambil tangannya masih memegang kemas pemegang motosikal ketika meluncur di jalan raya di wilayah Sisaket, timur laut Thailand. Rakaman yang dikongsi meluas dalam media sosial itu menunjukkan lelaki…










