Lelaki didakwa penggal kepala wanita dalam serangan di Universiti Warsaw - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa penggal kepala wanita dalam serangan di Universiti Warsaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Polis Poland menahan seorang lelaki selepas dia didakwa membunuh seorang wanita menggunakan kapak dalam serangan di Universiti Warsaw.

Menurut pihak berkuasa Poland, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.40 petang waktu tempatan semalam apabila lelaki itu menyerang orang ramai di kampus menggunakan kapak.

“Polis telah menahan seorang lelaki yang memasuki kampus Universiti Warsaw dan menyerang orang ramai menggunakan kapak.

“Insiden itu menyaksikan seorang mangsa meninggal dunia, manakala seorang lagi yang cedera dibawa ke hospital.

“Suspek merupakan rakyat Poland berusia 22 tahun,” kata Polis Warsaw dalam kenyataan di platform sosial X.

Stesen penyiaran persendirian Polsat News melaporkan mangsa yang maut merupakan seorang wanita dan kepalanya didakwa terputus akibat serangan terbabit.

Jurucakap pejabat pendakwa raya daerah pula enggan mengulas sama ada kepala yang dipenggal itu sudah ditemui atau sebaliknya.

Jurucakap itu berkata, seorang pekerja pentadbiran wanita universiti dibunuh di tempat kejadian dan seorang pengawal keselamatan cedera parah serta dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Dia juga menyatakan penyerang itu telah memasuki sebuah auditorium di universiti berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN