Kim Kardashian akan beri keterangan perbicaraan rompakan babitkan jutaan dolar di Paris

Kim Kardashian akan beri keterangan perbicaraan kes rompakan di Paris

Kim Kardashian
Kim Kardashian akan beri keterangan perbicaraan rompakan babitkan jutaan dolar di Paris, - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Selebriti Kim Kardashian akan memberi keterangan di mahkamah Paris pada hari Selasa, penampilan yang ditunggu-tunggu hampir sedekad selepas kejadIan lelaki bertopeng merompaknya membabitkan kerugiaan jutaan dolar dalam bentuk barang kemas semasa minggu fesyen ibu kota Perancis ini.

Sepuluh suspek telah dibicarakan sejak akhir April berhubung rompakan bersenjata pada 2016, yang menyaksikan barang kemas bernilai kira-kira AS$10 juta dicuri daripada bintang TV realiti dan pempengaruh itu.

Perbicaraan itu telah menarik perhatian media yang besar, dengan hampir 500 wartawan, dan mahkamah di Ile de la Cite di Paris dijangka dikerumuni oleh peminat yang berharap untuk melihat selebriti itu.

Kardashian bersedia untuk “menghadapi” penyerang Parisnya, kata peguamnya minggu lalu.

“Dia komited untuk hadir secara peribadi,” peguam Leonor Henerick dan Jonathan Mattout memberitahu AFP minggu lalu, berkata dia akan melakukannya “dengan bermaruah dan berani”.

Pada malam 2-3 Oktober 2016, Kardashian, ketika itu berusia 35 tahun, telah dirompak semasa menginap di sebuah hotel eksklusif dan terpencil di tengah Paris.

Dia diugut dengan pistol ke kepala dan diikat dengan mulutnya dilekatkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN