Kes batuk kokol meningkat di AS

Kes batuk kokol meningkat di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kes batuk kokol atau pertusis meningkat mendadak di Amerika Syarikat (AS) tahun ini, dengan lebih 8,064 kes direkodkan setakat pertengahan April.

Jumlah tersebut lebih empat kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sepanjang tahun 2024, lebih 35,000 kes dicatatkan, tertinggi dalam lebih sedekad, mengakibatkan 10 kematian termasuk enam bayi bawah umur setahun.

Batuk kokol ialah penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit, disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

Ia tersebar melalui titisan udara apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin dan sangat mudah berlaku dalam kalangan kontak rapat, terutamanya bayi.

Gejala bermula antara tujuh hingga 10 hari selepas jangkitan, menyerupai selesema biasa demam ringan, hidung berair dan batuk.

Namun simptom batuk kemudiannya bertukar menjadi lebih kuat secara berterusan sehingga mengakibatkan muntah, kesukaran bernafas dan kadangkala patah tulang rusuk akibat tekanan pada tubuh.

Pakar Kawalan Jangkitan Nemours Children’s Health, Chad Neilsen berkata, jangkitan batuk kokol direkodkan di semua 50 negeri dan penurunan kadar vaksinasi dipercayai menjadi punca utama lonjakan kes.

“Jika kadar jangkitan semasa berterusan, jumlah kes boleh mencecah 70,000 pada 2025, menjadikannya antara tahun terburuk bagi penyakit ini di AS sejak 1950.

“Namun masih ramai yang enggan mengambil vaksin untuk mencegah penyakit ini dari awal kerana percaya dengan maklumat salah yang tersebar tentang keselamatan vaksin sejak pandemik Covid-19,” katanya.

Laporan CDC menunjukkan lebih tujuh peratus kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun yang dijangkiti pada 2024 tidak divaksin, peratusan tertinggi sejak 2021.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya