LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) berdepan tekanan daripada pemimpin kanan Parti Buruh untuk secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin menjelang persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung di New York bulan depan. Tokoh Parti Buruh yang juga mangsa terselamat Holocaust, Alfred Dubs berkata, pengiktirafan itu akan menguatkan kedudukan Palestin dalam rundingan damai akan datang dengan Israel serta memberikan mereka ‘maruah diri’. “Walaupun ia tidak membawa hasil segera, ia tetap akan…










