Kanak-kanak berkepala ‘Mickey Mouse’ sudah pulih

Kanak-kanak berkepala ‘Mickey Mouse’ sudah pulih

KEADAAN Qibao semasa sebelum pembedahan di sebuah hospital di China. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Seorang kanak‑ka­nak lelaki berusia tiga tahun yang pernah digelar ‘Mickey Mouse’ akibat ketumbuhan gergasi menyerupai telinga di kedua‑dua sisi kepalanya kini pulih selepas menjalani pembedahan kompleks di Shanghai, China.

Pesakit yang dikenali sebagai Qibao dilahirkan di wilayah Fujian dengan congenital naevus, iaitu keadaan yang menyebabkan pertumbuhan berlebihan sel pigmen pada kulit bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal, malah menekan emosi dan kualiti hidupnya.

Pasukan pakar bedah Hospital Kanak‑Kanak Shanghai bersetuju membuang ketumbuhan tersebut, tetapi memaklumkan kulit pada kepala Qibao perlu dilaraskan terlebih dahulu bagi menutup ruang yang bakal terdedah selepas pembedahan.

Proses itu melibatkan kaedah regangan kulit selama lima bulan sebelum ketumbuhan seberat hampir satu kilogram itu dapat dibuang sepenuhnya.

Rakaman sebelum pembedahan memperlihatkan dua ‘belon’ besar di sisi kepala Qibao manakala visual terbaharu menunjukkan kanak‑kanak itu riang bermain di wad dengan balutan kemas di kepala.

“Kami mengelap air mata dan teruskan perjuangan,” kata ibu Qibao, yang berterima kasih kepada pasukan perubatan atas kejayaan operasi anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN