Israel terima 940 penghantaran senjata dari Washington

Israel terima 940 penghantaran senjata dari Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel menerima sebanyak 940 penghantaran senjata dan peralatan ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS) melalui udara serta laut sejak bermulanya perang di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.

Lapor agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel kelmarin, Washington ‘tidak pernah gagal’ menyalurkan bekalan senjata ke negara haram itu bagi membolehkan mereka menghancurkan Gaza dan Hamas.

“Pesawat ke-800 yang menghantar senjata dan peralatan ketenteraan sudah mendarat di Israel dan kami sudah menerima bekalan dari AS sejak perang bermula di Gaza pada Oktober 2023,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi.

Sepanjang operasi tersebut, lebih 90,000 tan peralatan ketenteraan dihantar ke Israel menerusi 800 penerbangan dan kira-kira 140 penghantaran melalui laut, menurut kementerian itu.

Peralatan yang diperoleh dan dihantar termasuk peluru, kenderaan berperisai, kelengkapan perlindungan individu serta bekalan perubatan.

Ketibaan senjata dari AS ini berlaku ketika hubungan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden AS Donald Trump dilaporkan semakin tegang.

Tentera Israel terus melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza sejak Oktober 2023 meskipun menerima desakan antarabangsa untuk gencatan senjata. Serangan itu mengorbankan lebih 54,000 rakyat Palestin yang majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant bagi tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga ber­depan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi dakwaan jenayah terhadap orang awam yang tidak bersenjata di wilayah terkepung itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN