Israel didakwa rancang curi bantuan kemanusiaan Gaza - Utusan Malaysia

Israel didakwa rancang curi bantuan kemanusiaan Gaza

KANAK-kanak Palestin cuba menarik bungkusan bantuan kemanusiaan daripada sebuah trak ketika melalui Rafah di selatan Gaza dari persimpangan Kerem Shalom, pada 18 Februari lepas. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Kesukuan di Gaza mengeluarkan amaran mengenai rancangan Israel yang didakwa menggunakan kumpulan penjenayah tempatan untuk mencuri bantuan kemanusiaan yang mula dibenarkan masuk ke wilayah itu. Dalam kenyataan rasmi, jawatankuasa tersebut menyatakan rejim Zionis menghalang sebarang usaha perlindungan terhadap bantuan yang sepatutnya disalurkan ke Gaza bagi melaksanakan ‘rancangan jahat’ termasuk menyemai kekacauan dan kecurian melalui kumpulan jenayah yang beroperasi secara langsung di bawah kawalannya. Menurut kenyataan itu, strategi tersebut adalah sebahagian daripada usaha sistematik Israel untuk merampas bantuan kemanusiaan demi mendorong kebuluran dan pemindahan paksa penduduk…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN