BAITULMUQADDIS: Israel mendakwa tenteranya membunuh pemimpin Hamas, Mohammed Sinwar, yang didakwa mendalangi serangan pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel, bersama arwah abangnya, Yahya. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan tentera rejim Zionis berjaya menghapuskan seorang demi seorang pemimpin Hamas termasuk Sinwar yang digelar ‘shadow’ atau bayang-bayang. Memetik laporan media Israel, Sinwar menjadi sasaran serangan udara di selatan Gaza awal bulan ini, manakala abangnya terkorban pada pertengahan Oktober tahun…










